Sunday, July 1, 2007

DUNIA KECIL ANAK HALAL










Dunia kecil anak halal telah tercipta pada August 2006. Dunia kecil itu telah melahirkan enam orang anak halal yang bernama Inderaputera, Johanna, Atikah, Erzan, Danial dan Shah. Anak anak Halal itu menerjah badai kota raya untuk tumpang bernafas di atas bumi manusia ciptaan yang maha esa. Terlalu banyak yang mereka harus tempuhi dalam melakarkan erti sebuah persahabatan dan cinta sejati. Tiada siapa yang dapat memisahkan mereka selain dari kematian...sebuah takdir yang paling berkuasa.







"SETIAP DARI KITA ADA TAKDIRNYA TERSENDIRI, HIDUP TIDAK BERAKHIR DALAM UNDANG UNDANG MANUSIA KERANA DUNIA KECIL INI ADALAH PENJARA TERINDAH CIPTAAN YANG MAHA ESA......." inderaputera FARID KAMIL



"Kota ini adalah teman yang paling istimewa buat kita..dan kota ini juga adalah musuh yang paling kejam yang telah menghancurkan cinta dan kasih sayang kita..." Johanna MAYA KARIN



"KALAU SAMPAI WAKTUKU, KU MAHU TAK SEORANG PUN MERAYU...TIDAK JUGA KAU, TAK PERLU SEDU SEDAN ITU, AKU INI BINATANG JALANG, DARI KUMPULANNYA TERBUANG...!" atikah, (chairil anwar) FASHA SANDHA





MISLINA MUSTAFA




Dia adalah Murni di dalam Bukak Api. Dia adalah Mak Ara di dalam Puaka Tebing Biru, dia adalah Mak Esah di dalam [Photo]Mukhsin. Setiap kemunculannya sering tidak dapat padam dari ingatan penonton. Dia adalah satu satunya pelakon asal dari filem pendek ANAK HALAL 1999 yang di bawa ke layar lebar ANAK HALAL 2007.


Semoga Malaysia membuka mata pada bakat istimewa ini. Insyaallah....Karya lakonan Mislina Mustaffa:



Hijau - Osman Ali 1997

Anak Halal - Osman Ali 1999

Intan Mahsuri - Osman Ali 2002

Surat Untuk Bulan - Osman Ali 2004

Puaka Tebing Biru - Osman Ali 2007

Mukhsin - Osman Ali 2007

Anak Halal - Osman Ali 2007








BRONT SUHAIMI & REMY ISHAK



Bront memegang peranan Danial dalam filem ANAK HALAL. Bakat Bront telah dikesan oleh beberapa orang pengarah filem seperti Mamat Khalid, The Velvet Boys, Man Laksa, Kala Malam Bulan Mengambang, kemudian Bade Hj Azmi melalui filem Castello dan Bilut, Ogy Ahmad Daud melalui drama bersiri Cinta Tsunami dan juga Osman Ali melalui telemovie Atas Nama Cinta, Rumah Itu Duniaku serta iklan HOTLINK.



Manakala Remy Ishak pula telah pernah diberi peluang oleh Osman Ali melalui filem AQUARIUM CINTA(belum ditayangkan) serta beberapa buah drama televisyen seperti NATASYA.



RAJA FARAH & ADI PUTERA



Adi Putera merupakan satu nama yang semakin dikenali di dalam arena drama televisyen melalui lakonan di dalam beberapa buah drama seperti Myazara dan juga Kalis Cinta. Penampilan awalnya bermula melalui drama bersiri Haryati di bawah arahan Erma Fatima. Raja Farah pula merupakan seorang actress muda berbakat besar yang mula dikenali ramai melalui filem pertamanya SALON. Selepas SALON Raja Farah diberi peluang membintangi beberapa buah drama bersiri popular seperti Misi XXray serta filem Aquarium Cinta sebagai heroin.Di dalam ANAK HALAL mereka berdua memainkan peranan sebagai dua bersaudara yang begitu akrab dan sama sama berjuang mempertarungkan hidup dalam arus modernisasi.






No comments: